BULETIN TERKINI
DP BIKES MOTORSPORT MAJU SETAPAK KEHADAPAN APABILA SALAH SEORANG RIDER DP BIKESTELAH MULA BERLATIH MENGGUNAKAN MOTOR KAWASAKI NINJA 250cc PADA USIA 11 TAHUN.
HADIAH PEMBERIAN DARIPADA ORANG TUANYA SEMPENA HARI LAHIRNYA YANG KE 11 TAHUN PADA 14/5/2009



MUHAMMAD DANIEL NASRUDDIN SEKARANG BERUSIA 11 TAHUN PADA TAHUN 2009


HARI PERTAMA BELIAU MEMBAWA KAWASAKI NINJA 250cc


Sebelum bermula training motor hendaklah diperiksa supaya berada didalam berkeadaan baik.

Memastikan semua safety gears yang dipakai didalam berkeadaan sempurna.


Mengambil selekoh dengan penuh keyakinan.








Berehat sebentar bersama-sama rider2 daripada CILIK MOTORSPORT.
MOHD ALIF AMIR TELAH MENYERTAI PROGRAM MZ 125cc
Mohd Alif Amir ( DP BIKES MOTORSPORT Johor Racing Team ) dengan Motor MZ 125cc.
Mohd Alif Amir daripada DP BIKES MOTORSPORT Johor Racing Team telah pun menyertai sesi latihan Motor up MZ 125cc pada 26 & 27hb - Julai - 2008 di TRACK ELITE.Beliau akan menjalani latihan sehingga hujung tahun ini bibawah jagaan/penyelian KL1 CILIK MOTORSPORT RACING ACADAMY yang diterajui oleh En Razali dan En Khairol bertempat di PLUSSPEEDWAY CIRCUIT.
Mohd Alif Amir berlatih bersama M. Daniel drp DP BIKES MOTORSPORT Racing Team.

Mohd Alif Amir berlatih bersama Firdaus Taufiq ( Pelumba Sprinta Cup Prix catogary YAMAHA GIVI 135LC )

Mohd Alif Menunjukkan kebolehannya walaupun baru hari pertama menunggang di dalam Treck Lumba.
JUNIOR GP-SIRIES ROUND 4 TIDAK DAPAT DIADAKAN DIADAKAN DI MELAKA BANDAR BERSEJARAH.


Minta maaf kepada semua perserta JUNIOR GP-SIRIES kerana kami pihak penganjur tidak dapat menganjurkan JUNIOR GP-SIRIES ROUND 4 yang sepatutnya diadakan di bandar Melaka kerana masaalah tertentu. Kami akan berusaha untuk mendapatkan tempat pada awal bulan JULY. Harap Maklum.
ONE MAKE RACE MZ 125Alhamdulillah dan syukur kapada allah. DP Bikes maju selangkah lagi dalam sukan permotoran apabila DP Bikes telah pun mempunyai dua buah motpr cup MZ 125 untuk dijadikan motor latihan untuk anak-anak DP Bikes. Insyaalah DP Bikes akan bergabung dengan CILIK Motorsports bagi menjayakan race MZ 125 ONE MAKE RACE ( Dalam proses perancangan ) pada hujung bulan ini.
KEPADA AHLI-AHLI DP BIKES MOTORSPORT YANG HENDAK MENYERTAI SUKAN MOTOR CUP BOLEHLAH MENHUBUNGI SAYAZAINUREN KALIL - 0162889517


Muhammad Daniel Nasruddin Bin Zainuren
( DP Bikes Motorsport Racing Team )

Ahmad Azim bin Aziz ( DP Bikes Motorsport Johor Racing Team )

Pelumba akan diajar oleh En Razali daripada CILIK Motorsport iaitu seorang yang berpengalamat lebih 15 tahun
dalam sukan permotoran.

En Razali mengajar secara individual kepada setiap pelajarnya.

En Razali bersama sebahagian daripada pelajarnya.
JUNIOR GP-SIRIES ROUND 3 DI NILAI SPEEDWAY CIRCUITAlhamdulillah syukur terhadap illahi walaupun JUNIOR GP-SIRIES ROUND 3 kali ini mempunyai banyak rintangan dan masaalah kita sama-sama dapat menjayakannya. Dan saya sebagai salah satu daripada penganjur mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peserta-peserta, ibu-bapa dan penyokong yang banyak membantu. Insyaalah kita akan mengadakan JUNIOR GP-SIRIES ROUND 4 pula kemungkinan besar di MELAKA. Jadi dinasihatkan kepada semua peserta bersiap sedialah dengan jentera masing-masing.PIHAK PENGANJUR JUNIOR GP-SIRIES ROUND 3 MEMINTA MAAF KERANA TERPAKSA MEMINDAH TAPAK PERLUMBAAN DARIPADA SHAH ALAM KEPADA ELLITE PLUS SPEEDWAY, USJ. Saya salah seorang daripada ahli penganjur ingin memintamaaf kerana terpaksa memindah tapak perlumbaan pada saat-saat akhir kerana masaalahtecknikal dan keselamatan penyerta.Sebarang pertanyaan bolehlah tel : Zainuren Kalil - 0167454421MZ 125. CILIK MOTORSPORT DAN DP BIKES MOTORSPORT akan menganjurkan MZ 125 ONE MAKE RACE insyaallah pada bulan hadapan jikalau semuanya berjalan dengan lancar. Tujuan nya ialah untuk membiasakan rider-rider pocketbike dengan machine yang lebih kuat dan besar. DP BIKES MOTORSPORT bukan sahaja berkecimpung dengan POCKETBIKE tetapi akan pergi lebih tinggi dan jauh seperti menyertai MALAYSIAN CUP PRIX dan jaga MALAYSIAN SCOOTERPRIX Insyaallah.
Muhammad Daniel dengan Funbike KSR 110
M.Daniel dengan MZ 125.
Farah Melina (13 thn) dari CILIK MOTORSPORT ( contarct dengan HONDA ) yang dilatih oleh En.Razali sedang berlatih untuk race yang akan datang di KELANTAN 7 & 8 - Jun - 2008. Beliau baru sahaja habis race di LITAR SEPANG sekadar mendapat tempat kelima. ( Perempuan tu...)
Muhammad Daniel ( 10 thn ) dengan MZ 125 kuning daripada DP BIKES MOTORSPORT sedang berlatih dengan FITRI ASHRAF dengan KSR 110 daripada CILIK MOTORSPORT. FITRI ( Contract dengan HONDA ) sedang menunjuk ajar M. Daniel.
Muhammad Daniel sedang berlatih MZ 125 sambil di perhatikan oleh jurulatihnya Razali daripada CILIK MOTORSPORT ( Bapa kepada M.Fitri ).
Selepas berlatih rider di ajar mencuci dan membersihkan motor masing-masing. Rider dengan motor mestilah memahami hati masing-masing. ( motor ada hati ke?)
Rider kenalah berdisplin jaga motor sendiri.
Selepas training mestilah simpan.POCKETBIKE RACE JUNIOR GP-SIRIES ROUND 3 DI TEMPAT LETAK KERETA STADIUM SHAH ALAM.

Di jemput ke GP JUNIOR SERIES ROUND 3 di Padang Tempat Letak Kereta, Stadium Shah Alam, Selangor Pada 24 & 25 – May 2008. Catogary yang di pertandingkan : 1. Beginner - to be verified by organizer 2. Junior Air-Cooled Under 10 - 10 years old and below 3. Junior Water-Cooled Under 10 - 10 years old and below 4. Junior Air-Cooled Under 12 - 12 years old and below 5. Junior Water-Cooled Under 12 - 12 years old and below 6. Senior Air-Cooled - 13 to 17 years old 7. Senior Water-Cooled - 13 to 17 years old 8. Open - 18 to 29 years old with Open machine 9. Veteran Open - 30 years old and above with Open machine Anjuran : CILIK MOTORSPORT & DP BIKES MOTORSPORT Racing Team Sponcer by : DP BIKES MOTORSPORT Selangor Racing Team, DP BIKES MOTORSPORT johor Racing Team, Mewah Racing Team,DIABLO Racing Team.Sebarang pertanyaan bolehlah tel : Zainuren Kalil – 0167454421 : Zali – 0193772366 Atau layari : 'PROGRAM PENDEDAHAN & PEMBANGUNAN SUKAN MINIBIKE'
SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN (26hb. May hingga 30hb. May 2008)
Sukacita dimaklumkan, kami, Nilai Speedway Circuit ingin menjemput anak tuan/puan (dengan kebenaran tuan/puan) untuk menyertai Program Pendedahan & Pembangunan Sukan Minibike yang akan kami anjurkan pada cuti persekolahan akan datang.
Untuk makluman pihak tuan, kami merupakan syarikat yang menguruskan operasi litar dan sewaan minibike litar Nilai Speedway Circuit di Nilai Square (Nilai 1), Bandar Baru Nilai. Kami juga bersekutu dengan beberapa buah kelab minibike seluruh Malaysia dalam pembangunan sukan minibike secara total.
Sukan Minibike bukanlah sukan baru di Malaysia, walaubagaimanapun, masih ramai yang belum mengenali sukan ini kerana pendedahannya yang mungkin lebih tertumpu kepada masyarakat bandar. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi hasrat dan harapan kami untuk memberi pendedahan seterusnya membangun serta mengembangkan sukan ini kepada masyarakat secara lebih mendalam.
Program ini adalah sebagai salah satu usaha pihak kami untuk mengurangkan gejala ‘mat-rempit’ dan budaya tidak sihat yang semakin menular. Dengan pendedahan dan asas keselamatan yang dititikberatkan dalam sukan permotoran, khususnya sukan minibike, kami percaya ianya dapat memberi impak kepada pemikiran anak-anak untuk masa depan.
Penunggang-penunggang sukan minibike adalah terdiri daripada pelbagai lingkungan usia, daripada kanak-kanak seawal usia enam(6) tahun hinggalah kepada orang dewasa. Di Eropah dan Jepun, sukan minibike inilah yang menjadi asas melahirkan juara dunia seperti Valentino Rossi, Marco Melandri, Shinya Nakano dan ramai lagi jaguh motosikal dunia. Ianya sama dengan sukan go-kart yang menjadi asas kepada pelumba Formula One.
TERMA DAN SYARAT
- Terbuka pada semua kanak-kanak berumur 8 hingga 12 tahun
(dengan kebenaran ibubapa penjaga) - Seorang peserta hanya akan menyertai 1 sesi yang akan dijalankan selama 1 hari
- Sebanyak lima (5) sesi ditawarkan untuk lima (5) hari bermula Isnin (26/05/08) hingga Jumaat (30/05/08)
- Minibike, Kelengkapan serta Makan Tengahari akan disediakan oleh pihak penganjur
- Peserta dimestikan memakai Kasut dan berseluar panjang
- Sijil Penyertaan akan diberikan kepada peserta di akhir sesi
- Pendaftaran akan ditutup pada 24hb May 2008 (Sabtu) jam 6:30ptg - Ibubapa penjaga peserta boleh memilih slot semasa pendaftaran (tertakluk pada kekosongan slot)
ATURCARA PROGRAM:
10:00 am - Semakan Pendaftaran peserta
10:30 am - Pendedahan secara teori:
- Pengenalan mengenai minibike
- Ciri-ciri keselamatan tunggangan
- Pengenalan kepada bendera perlumbaan
12:30 tghari - Berhenti rehat/makan/sembahyang
2:30 pm - Pendedahan secara praktikal:
- Cara tunggangan minibike
- Asas pengendalian minibike
- Demonstrasi oleh pelumba
4:30pm - Majlis penyerahan Sijil Penyertaan
POCKETBIKE RACE SEMPENA SCOOTER PRIX DI PASIR SALAK PADA 10 & 11-MAY-2008


Pihak penganjur SCOOTER PRIX telah menjemput CILIK MOTORSPORT dan DP BIKES MOTORSPORT untuk menganjurkan Pocketbike race dengan itu kami menjemput Rider-rider POCKETBIKE untuk mempamerkan kebolehan dan aksi-aksi rider cilik yang bakal menggantikan abang-abang mereka pada masa akan datang. Kategori yan dipertandingkan ialah Open bawah 15tahun. Tetapi seandainya ramai penyertaan kategori akan dibahagikan kepada 2 iaitu : Junior Open bawah 12 tahunSenior open bawah 17 tahun.Sesiapa yang beminat bolehlah call Zainuren kalil- 0167454421.
GABUNGAN KELAB-KELAB MINIBIKE MALAYSIA (GKMM)

Assallamualaikum dan salam sejahtera. Disini saya ingin menerangkan serba sedikit tentang GKMM. GKMM adalah singkatan bagi GABUNGAN KELAB-KELAB MINIBIKE MALAYSIA yang terdiri daripada beberapa kelab-kelab minibike/pocketbike di malaysia. GKMM adalah idea daripada En Razali iaitu ketua kelab CILIK MOTORSPORT. Pada bulan March-2008 GKMM hanyalah terdiri daripada CILIK MOTORSPORT, DP BIKES MOTORSPORT dan NILAI SPEEDWAY CIRCUIT. Tetapi selapas GKMM mengadakan JUNIOR GP-SIRIES ROUND 1 yang bertempat di NILAI SPEEDWAY CIRCUIT, GKMM telah dionggotai oleh beberapa lagi kelab minibike. Pada April 2008 GKMM telah dionggotai oleh:-1-CILIK MOTORSPORT (Kuala Lumpur)2-DP BIKES MOTORSPORT Racing Team (Kuala lumpur)3-DP BIKES MOTORSPORT Selangor Racing Team4-DP BIKES MOTORSPORT Johor Racing Team5-NILAI SPEEDWAY CIRCUIT (Negeri Sembilan)6-ARA TANJUNG CILIK MOTORSPORT DUNGUN (Trengganu )7-MEWAH RACING TEAM (Johor)8-DIABLO RACING TEAM (Johor)9-TRACK WARRIOR (Johor)10-INDAHPURA MOTORSPORT (Johor)11-MAT JEM DUNGUN RACING TEAM (Trengganu )12-RADEN MOTORSPORT (Melaka)13-G.M.W RACING TEAM - AH HO (Melaka)14-SAC RACING TEAM (Batu Pahat, Johor)15-16-NAFFA MOTORSPORT (Johor)17-HKM MOTORSPORT (Kuala Lumpur)18-CHUA MOTORSPORT (Kuala Lumpur)19-STROMBERG RACING TEAM (Penang)20-SIM MOTORSPORT ( Kuala Lumpur )21-LJ MOTORSPORT( Johor )JUNIOR GP-SIRIES ROUND 3 PADA 24 & 25-MAY-2008.Assallamualaikum dan selamat sejahtera. Gabungan Kelab-kelab Minibike Malaysia akan mengadakan JUNIOR GP-SERIES ROUND 3 pada 24&25-May-2008. Untuk pengetahuan saudara dan saudari GKMM masih belum mendapat kata putus lokasi untuk JUNIOR GP-SIRIES ROUND 3 akan dibuat. Insyaallah dalam sehari dua ini kita akan mendapat tahu dimanakah lokasinya. Di harap semua dapat bersiap sedia dengan machine masing-masing untuk cabaran yang ke 3. Selamat berjaya. JUNIOR GP-SIRIES ROUND 2 PADA 26 & 27-APRIL-2008 DI PASIR GUDANG JOHOR. 

ALHAMDULILLAH syukur terhadap allah segala apa yang di rancangkan berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit beberapa kesilapan kecil tetapi dapat di selesaikan dengan success. Disini juga saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada organiser iaitu :- DIABLO RACING TEAM, MEWAH RACING TEAM, DP BIKES MOTORSPORT Johor Racing Team, TRACK WARRIOR RACING TEAM, NAFFA MOTORSPORT dan Di support oleh : DP BIKES MOTORSPORT Racing Team, CILIK MOTORSPORT dan NILAI SPEEDWAY CIRCUIT.
Terima kasih juga kepada kelab-kelab yang hadir bagi menyertai JUNIOR GP-SIRIES ROUND 2 yang terdiri daripada : DP BIKES MOTORSPORT Racing Team, DP BIKES MOTORSPORT Selangor Racing Team, DP BIKES MOTORSPORT Johor Racing Team, CILIK MOTORSPORT, MEWAH RACING TEAM, TRACK WARRIOR RACING TEAM, NAFFA MOTORSPORT, DIABLO RACING TEAM, RADEN MOTORSPORT, AH HO MELAKA RACING TEAM,DUNGUN TRENGGANU RACING TEAM, TUN PUTERI RACING TEAM, INDERAPUTRA MOTORSPORT dan juga pelumba-pelumba persendirian.
Akan disambung........................................
27-APRIL-2008 DENGAN RASMINYA PENUBUHAN DP BIKES MOTORSPORT Johor Racing Team & DP BIKES MOTORSPORT Selangor Racing Team

Assallamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Pada 27hb-April-2008 dengan rasminya penubuhan DP BIKES MOTORSPORT Selangor Racing Team & DP BIKES MOTORSPORT Johor Racing Team. Semoga DP BIKES MOTORSPORT akan berkembang dan berjaya dalam bidangsukan permotoran.DP BIKES MOTORSPORT Johor Racing Team Ketua kelab - En Shukor - 0167171452Penolong - En Ramli - 0127190323DP BIKES MOTORSPORT Selangor Racing TeamKetua kelab - En Yandi - 0196685106Penolong - 26 & 27-APRIL JUNIOR GP SIRIES ROUND 2 DI TEMPAT LETAK KERETA TODAY'S SUPERMARKET, BANDAR SRI ALAM MASAI, PASIR GUDANG, JOHOR.
Assallamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli-ahli DP BIKES MOTORSPORT. Gabungan kelab-kelab minibike malaysia yang terdiri daripada DP BIKES MOTORSPORT Racing Team, DP BIKES MOTORSPORT Johor Racing Team, CILIK MOTORSPORT, MEWAH RACING TEAM, DIABLO RACING TEAM & TRACK WARRIOR RACING TEAM akan mengadakan JUNIOR GP SIRIES RAUND 2di Tapak Letak Kereta TODAY'S SUPERMARKET Bandar Sri Alam, Masai Johor pada 26 & 27-April-2008. Diharap ahli-ahli DP bersiap sedia menghadapi cabaran yang ke dua ini.Sebarang pertanyaan sila hubungi : Zainuren Kalil - 0167454421Rostam - 0137796118 - Mewah Racing TeamRamli - 0127190323 - DP Bikes Motorsport Johor Racing TeamShukor - 0167171452 - DP Bikes Motorsport Johor Racing TeamHassan - 0167980008 - Diablo Racing TeamPak Abu - 0197150315 - Track Worrior Racing TeamUntuk MAP ke Pasir Gudang Pocketbike Circuit sila klik di sini :
http://maps.google.com/maps/ms?f=q&ie=UTF8&hl=en&msa=0&msid=102501843279779649255.00044a98f817a2427eb4a&t=h&ll=1.66694,103.851013&spn=0.118739,0.304871&z=11&iwloc=00044a9a1b3588f25373415 & 16 - MARCH - 2008 JUNIOR GP SERIES ROUND 1 DI NILAI SPEEDWAY CIRCUIT.
Assallamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 15 dan 16hb march 2008 buat pertama kali kelab gabungan minibike dengan jayanya telah mengadakan perlumbaan minibike/pocketbike di Nilai Square, Nilai 1, negari sembilan. Perlumbaan ini dianjurkan oleh DP BIKES MOTORSPORT dengan kerjasama/dibantu oleh CILIK MOTORSPORT dan NILAI SPEEDWAY. DP Bikes Motorsport mengucapkan banyak terima kasih kepada semua kelab/team yang hadir menyertai perlumbaan ini dan memberi telah sokongan penuh kepada GABUNGAN KELAB-KELAB MINIBIKE MALAYSIA pada 15 dan 16hb march lepas. Ada diantara kelab-kelab lain yang hadir seperti DUNGUN RACING TEAM dan MEWAH RACING TEAM dari Johor juga telah bersetuju menyertai GABUNGAN KELAB-KEAB MINIBIKE MALAYSIA. 22 dan 23 March 2008 di DATARAN MERDEKA sempana HARI F1.
Sebagai menghargai kehadiran pelumba-pelumba dan penyokong GABUNGAN KELAB-KELAB MINIBIKE MALAYSIA. CILIK MOTORSPORT telah mengadakan Minibike Race di DATARAN MERDEKA pada 22 dan 23 March 2008 sempena HARI F1 dengan bantuan(sponcer) oleh DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR. Semua pendaftaran adalah percuma. Dan Sekali lagi DP BIKES MOTORSPORT berterima kasih kepada semua Kelab yang hadir.